Wednesday, February 29, 2012

zakat pendapatan



akrif zakat pendapatan ialah harta pendapatan dari semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.

Zakat pendapatan memang tidak dinyatakan dalam mana-mana kitab Fiqh yang muktabar dahulu. Sebab itulah berlaku pertikaian dari kalangan umat Islam sekarang ini dengan mengatakan bahawa zakat pendapatan ini sahaja diada-adakan dan tidak perlu dibayar sebab dalam kitab-kitab terdahulu tidak ada. Tapi kita semua kena sedar bahawa sumber perundangan Islam itu ada empat bahagian iaitu Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. Apa-apa yang telah ditentukan oleh para ulamak dengan ijtihadnya dan fatwanya telah digezetkan, maka umat Islam semua wajib mengikutnya sebagai tanda mematuhi syariat Islam. Kalau nak bicarakan tentang hal bagaimana dan siapa yang layak ijtihad atau mengeluarkan fatwa perlulah dibincangkan dalam artikel lain sebab ini melihatkan usul fiqh.

Di antara pendapat ulamak yang mutakhirin yang mewajibkan zakat pendapatan ialah Prof. Dr. Yusof Qardhawi, Dr. Hussein Shahatah dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Zakat pendapatan juga pernah dilaksanakan pada zaman pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah memungut zakat pendapatan dari angkatan tentera dan kakitangannya yang bergaji.

Alasan rasional tentang kewajipan zakat pendapatan berdasarkan pendapat ulamak yang mengatakan bahawa para petani dikenakan zakat pertanian dari hasil pendapatan mereka yang bertani. Ini juga menunjukkan bahawa orang yang mempunyai pendapatan seperti makan gaji, upahan, bonus, elaun, pencen dan sebagainya juga dikira sebagai pendapatan dari hasil kerjanya, maka dari itu diwajibkan zakat pendapatan keatas mereka yang mempunyai pendapatan dari hasil pekerjaan mereka. Firman Allah yang bermaksud :


“Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.” (Al-Baqarah : 267)

Sistem kewangan Islam semasa pemerintahan Islam dahulu menggunakan matawang dinar dan dirham sebagai urusan muamalah atau jual beli. Matawang dinar dibuat dari emas dan matawang dirham dibuat dari perak, jika kedua-dua matawang ini cukup haulnya selama setahun (mengikut tahun Hijrah), maka ia dikenakan zakat. Setelah keruntuhan pemerintahan Islam, matawang digantikan dengan duit kertas atau sebagainya dan nilai dinar atau dirham itu dinilai mengikut matawang kertas. Maka ia juga perlu dizakatkan mengikut apa yang telah ditetapkan, Hadis Nabi saw yang bermaksud :

”Jika kamu memiliki 200 dirham dan genap haulnya maka di dalamnya (zakat) 5 dirham, dan tidak taqwa ke atas kamu sesuatu iaitu di dalam emas, sehingga kamu memiliki 20 dinar. Apabila kamu memiliki 20 dinar dan genap haulnya, maka di dalamnya (zakat) setengah dinar.” (Riwayat Abu Daud)

Jenis-Jenis Harta Pendapatan

Penggajian dan Upah Kerja

Semua pendapatan secara gaji, upah, ganjaran, imbuhan dan sebgainya ang diperolehi oleh pekerja daripada majikan, hasil daripada usaha atau pekerjaan yang dilakukan untuk majikannya, sama ada semasa berkhidmat, selepas berkhidmat (pencen) atau selepas kematian. Contoh :

  1. Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah , anugerah & insentif, hasil ESOS (Skim pilihan sahan pekerja) dan sebagainya.
  2. Apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian.

Zakat Harta Kerja Bebas

Semua pendapatan secara upah, bayaran, imbuhan , royalti, komisyen dan sebagainya yang diperolehi hasil daripada usaha dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional. Contoh :
  1. Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik atau hospital swasta dan sebagainya.
  2. Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan keuntungan projek bermusim.
  3. Komisyen dan residual income pendapatan dari jualan insurans, takaful, unit trust, brokeraj dan seumpamanya.
  4. Bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasl penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.

Zakat Harta al-Mustaghallat

Semua pendapatan yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya. Contoh :
  1. Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya.
  2. Hasil sewaan kenderaan, pengangkutan, peralatan, aset atau sebagainya.
  3. Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual
Cara Pengiraan Zakat Pendapatan

Ada dua cara pengiraan zakat pendapatan iaitu :
Cara Pertama


Sunday, February 05, 2012

Friday, February 03, 2012

baby dah nak masuk 3 bulan..

         Alhamdulillah...pejam celik,pejam celik,lena bangun makan tido...akhirnyaa...baby uzair akan masuk 3bulan pd 5 feb ni....adoii seronok baby makin membesar...rasa baru je semalam melahirkan diaa...tup2 dan masuk 3bulan dan yg tak seronoknyaa....mama akan mula kembali ke alam kerjaya pada selasa 7 feb ini.....moga Allah mmberi kekuatan unt meneruskan kerjaya sepbgai pendidik,murabbi,muaddib,dan semacam dengannya...moga2 segala khidmat bakti yg di curahkan mendapat ganjarean setinmpal dari Allah.....Baby uzair akan di tinggalkan di HAdhanah @ taman asuhan Ummu Salamah @ nursery MATRI...InsyaAllah doakan baby selamat di bawah jagaan dan lindungan ALLAH bersama pengasuh2nya:cik mek,cik norli,cik Naemah n cik apa ya lupa laa namanya....

Tuesday, January 31, 2012

Peristiwa di Bulan Rabiul awwal........

assalamualaikum.  hari ini kita sudah masuk ke hari yg ke 7 bulan rabiulawwa....inssyaAllah...di bawah sedikit perkongsian ttg peristiwa yg berlaku pd bulan ini........


-Peristiwa Penting

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabi'ul Awwal ini dan antaranya ialah:

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah s.a.w

Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabi'ul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 12 Rabi'ul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa Nabi s.a.w lahir pada 9 Rabi'ul Awwal tahun Gajah.

2. Perlantikan Nabi Muhammad s.a.w menjadi Rasul

Dalam bulan Rabi'ul Awwal inilah Nabi s.a.w diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi s.a.w berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah Baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah Rasulullah s.a.w 

Tarikh Hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabi'ul Awwal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabi'ul Awwal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Berlakunya Peperangan

Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w di antara tentera Islam dan tentera kuffar. Antara peperangan yang berlaku dalam bulan Rabi'ul Awwal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah s.a.w

Rasulullah s.a.w telah wafat pada hari Isnin 12 Rabi'ul Awwal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda s.a.w wafat di rumah isterinya Aisyah r.a dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar r.a menjadi Khalifah

Pada hari Rasulullah s.a.w wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah Saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah s.a.w yang diketuai oleh Saidina Ali r.a.

7. Pembukaan Iraq

Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid r.a telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq pada zaman Saidina Abu Bakar r.a.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis

Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583H.

9. Kejatuhan Empayar Kerajaan Islam Sepanyol

Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

alunkan selawat keatas junjungan mulia kita kekasih Allah moga kita mendapat syafaatnya di hari akhiray kelak....insyaAllah....Sollu 'alannabiyy

Monday, January 30, 2012

membentuk keluarga SAMARA

      salam sejahtera..mengisi masa yg ada..sekadar peringatan unt diri dan yg menatap blog usang ini...di petik dari"Bingkisan hati,keluarga SAMARA" cenderehati sempena perkahinan Sofiyyah Hj Nordin dan pasangan Musthofa Mubarak b Hj Kamaruzzaman...moga2 kita sama2 mendpat manfaatnya....
 secara ringkasnya.....keluarga SAMARA ialah....SA-Sakinah,MA-Mawwadah dan RA- Rahmah...Firman Allah taala: "Dan Dianatara tanda2 yg membuktikan kekuasaannya daN RAHMATNYA....bahawa ia menciptakan kamu,isteri2 dari jenis kamu sendiri,supaya kamu merasa tenteram(senang hati dan mesra)dan dijadikannya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan  .Sesungguhnya yg demikian itu mengandungi keterangan yg menimbulkan kesedaran bf org2 yg berfikir. (surah AR Rum :21)

              Rukun Keluarga SAMARA *memiliki kecenderungan kpd islam yg lengkap
                                                        * Yg muda menghormati yg tua,yg tuan menyayangi yg muda
                                                        * Sederhana dalam berbelanja
                                                        * Santun dalam bergaul
                                                        * Selalu muhasabah diri
Faktor kebahagiaan keluarga SAMARA : *Suami /Isteri yg setia (soleh/solehah)
                                                               *Anak2 yg berbakti
                                                               * Persekitaran sosial yg sihat'
                                                               * Berkat Rezekinya
antara proses pembentukan keluarga samara yg dinukilkan ialah ;1.Mengukuhkan Akidah Setiap Ahli Keluarga ,dengan cara :Mengikut ciri kehidupan rumahtangga RAsulullah SAW,menyuburkan keikhlasan dengan komitmen terhadap al-Quran dan Sunnah,hubungan yg jelas dengan ALLah akan melahirkan dan menyuburkan Ukhuwwah dan silaturahim dgn yg lain,sentiasa memohon keampunan dr Allah,muhasabah diri setiap hari,
2.Pergaulan yang Baik (Mu'asyarah bil maa'ruf ).....{perasaan Samara ibarat tumbuhan yg perlu dibaja dengan baik,disiram akan membesar subur,kemudian berbunga dan bebuah dengan cinta dan kasih...
    ikuti sambungannyaa...,moga keluarga kita adalah keluarga SAMARA....bajailah dengan sebaiknya..........


Monday, January 09, 2012

lama xsapu......

 
abg amsyar ngan adik uzair........
                                            

baby hari ke 51...da tembam dah...berat masa ni 4.5kg



alaa cedey2....siannyaa


tido tak igt duniaa....jatuh bantal...jatuh tilam..sudahnya atas tikar





salam assalamualaikum.....hm......alaa br nk mula dia dah bunyi..baby ni la heheh...baby dah masuk usia 2 bln5hari...tp picnya blm di masukkan lagi..ok.....

Tuesday, November 08, 2011

BABY MALAM RAYA....

ketika sedang sibuk membuat sedikit persiapan raya dan psiapan unt berbuka puasa hari arafah....mama tpaksa dikejarkan ke hospital tunku fauziah kangar kerana air ketuban sudah keluar......sesampai je di hosp bukaan sudah 2...adoi nk kluar dah ka bby ni...baru nak masuk 33 minggu...Ya Allah.....hanay doa jaa yg xputus di panjatkan kpdNYA..........
memang dia sudah bjanji dengan Sang Pencipta tanggal 10 zulhijjah jam 8.50 ml bersamaan 5 november dia kan keluar unt menjalani kehidupan di Alam Duniaa...........dengan berat 2.44 kg (agak besar berbanding abang Amsyar 1.96kg) baby bagaimana pun terus di bawa ke Unit Rawatan Rapi NICU .....mama xsempat nak tgk muka nya dengan betul......baba pula hanya dapat mengazankannya di wad NICU.....baby terpaksa ke sana memandangkan usianya dalam kandungan baru 32 minggu 5 hari............
hari ini setelah dua hari bernafas menggunakan bantuan oksigen dalam mulut....tak sanggup unt melihat wayar yg berselirat di badan si kecill....namun mama n baba terpaksa gagahkan diri unt menjenguk baby.....alhamdulillah hari ni tiub sudah di buang....namun kami terpaksa menandatangani borang persetujuan unt trunsfer darah....YaAllah Selamatkan anak ku dari sebarang dugaan yg xsanggup kami hadapi............
Anakku.moga dirimu diberi kekuatan unt menjalani kehidupan ini.......Hanya Allah yg mengetahui setiap apa yg blaku......mama dan baba sentiasa mendoakan yg tbaik buatmu anakku..........AHMED UZAIR........

Thursday, October 20, 2011

menghantar makayah ke menunaikan ibadah HAJI

            alhamdulillah...hujung mnggu lepas kami berkesempatan pulang kekelantan kerana mak ayah dijadualkan akan berangkat ke tanah suci Mkah pada 17 oktober...kami mengambil CRK dua hari.....
melihat keadaan ayah ibu yg agak sihat sebelum ke sana hati kami anak2 semua nya senang dan gembira hajatnya telah tercapai......alhamdulillah sudah beberapa kali mak membuat panggilan telefon dari sana mengatakan mereka berdua amat senang dan bjaya membuat perkara2 fardhu dan sunat di bumi suci Makatulmukaramah....moga2 mereka beroleh HAJI YG MABRUR....

 tungeng terbalik....heheheh airport ganu...

 wakil rakyat ADUN MANEK URAI ABE UJI yang prihatin dgn penduduk setempat sudi meluangkan masa menziarahi mak ayah 
 Abe Uji......minum teh panas atas lantai ajaa....xde karper merah pun hehhee


                                     memakai kain ihram sebelum masuk ke balai berlepas.....



orang punya ramai subhanallah......

Monday, October 10, 2011

panduan jemaah haji...

Persediaan Untuk Musafir Haji:
KaabahSebelum musafir untuk mengerjakan Haji bakal jemaah Haji hendaklah melakukan perkara-perkara berikut:
  1. 1. Kembali kepada Allah dengan bertaubat dari segala dosa-dosa.
  2. Mengembalikan hak-hak dan apa yang diambil secara zalim kepada tuan-tuanya.
  3. Jaminan perbelanjaan Haji dari rezeki yang halal lagi baik.
  4. Mempunyai teman yang solih cintakan kepada kebaikan dan boleh membantunya.
  5. Berjanji untuk:
  • Tidak akan melakukan maksiat selama-lamanya.
  • Tetap berpegang dengan sunnah Nabi s.a.w.
  • Ikhlas mengerjakan Haji kerana Allah Taala dan tujuan serta niat hendaklah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
  • Memberi penumpuan semata-mata untuk beribadat.
  • Tidak berbantah, bergaduh, bertengkar dan sibuk dengan orang ramai.
Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Musafir Dan Doa-doanya:
  • Orang yang musafir sunat mengucapkan selamat tinggal kepada kaum keluarganya, kawan-kawannya serta kenalan-kenalannya.
  • Orang musafir berkata kepada orang yang dia tinggalkan:
(استودعكم الله الذي لا تضيع ودائعه).
  • Orang yang bermukim pula menjawab kepada orang yang musafir:
(استودع الله دينك وأمانتك وخواتيم عملك، في حفظ الله وكنفه زودك الله التقوى وغفر ذنبك ووجهك للخير حيثما توجهت).
  • Sebelum bertolak dia disunatkan mendirikan sembahyang sunat musafir sebanyak dua rakaat, pada rakaat yang pertama dia membaca (....قل يا أيها الكافرون) dan pada rakaat yang kedua pula dia membaca (....قل هو الله أحد) selepas membaca Al-Fatihah.
  • Selepas selesai sembahyang dia membaca ayat Al-Kursi.
  • Ketika keluar dari rumahnya dia membaca:
(بسم الله، توكلت على الله، لا حول و لا قوة إلا بالله، اللهم إني أعوذُ بكَ أن أَضِلَّ أو أُضلَّ أو أَزِلَّ أو أُزَلَّ، أو أَظلِمَ أو أُُظلَمَ، أو أَجهَلَ أو ُيجهَلَ عَلَيَّ).
  • Kemudian selepas menaiki kenderaan dia bertakbir sebanyak tiga kali:
(الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر)
kemudian dia membaca:
(سبحان الذي سخر لنا هذا و ما كنا له مقرنين و إنا إلى ربنا لمنقلبون، اللهم هون علينا سفرنا هذا و اطوِ عنا بعده، اللهم أنت الصاحب في السفر والخليفة في المال والأهل، اللهم إني أعوذ بك من وعثاء السفر وكآبة المنظر وسوء المنقلب في المال والأهل).
  • Kemudian dia membaca ayat Al-Kursi, surah Al-Ikhlas, surah Al-Masad dan surah An-Nas.

Sunday, October 09, 2011

SERUAN HAJI

            Pagi td ketika sedang leka menjahit...tetiba telefon bbunyi..rupanya panggilan dr Tabung Haji k.Krai memaklumk an jadual penerbangan haji bg kedua orang tua kami....insyaAllah....tarikh yg ditentukan ialah pada 17 okt ini....Alhamdulillah syukur padamu YaAllah...akhirnya hajat mereka ke sana termakbul...moga2 mereka berdua dikurniakan HAJI YANG MABRUR........http://youtu.be/BVY98cL2I20