Wednesday, February 29, 2012

zakat pendapatan



akrif zakat pendapatan ialah harta pendapatan dari semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.


Zakat pendapatan memang tidak dinyatakan dalam mana-mana kitab Fiqh yang muktabar dahulu. Sebab itulah berlaku pertikaian dari kalangan umat Islam sekarang ini dengan mengatakan bahawa zakat pendapatan ini sahaja diada-adakan dan tidak perlu dibayar sebab dalam kitab-kitab terdahulu tidak ada. Tapi kita semua kena sedar bahawa sumber perundangan Islam itu ada empat bahagian iaitu Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. Apa-apa yang telah ditentukan oleh para ulamak dengan ijtihadnya dan fatwanya telah digezetkan, maka umat Islam semua wajib mengikutnya sebagai tanda mematuhi syariat Islam. Kalau nak bicarakan tentang hal bagaimana dan siapa yang layak ijtihad atau mengeluarkan fatwa perlulah dibincangkan dalam artikel lain sebab ini melihatkan usul fiqh.

Di antara pendapat ulamak yang mutakhirin yang mewajibkan zakat pendapatan ialah Prof. Dr. Yusof Qardhawi, Dr. Hussein Shahatah dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Zakat pendapatan juga pernah dilaksanakan pada zaman pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah memungut zakat pendapatan dari angkatan tentera dan kakitangannya yang bergaji.

Alasan rasional tentang kewajipan zakat pendapatan berdasarkan pendapat ulamak yang mengatakan bahawa para petani dikenakan zakat pertanian dari hasil pendapatan mereka yang bertani. Ini juga menunjukkan bahawa orang yang mempunyai pendapatan seperti makan gaji, upahan, bonus, elaun, pencen dan sebagainya juga dikira sebagai pendapatan dari hasil kerjanya, maka dari itu diwajibkan zakat pendapatan keatas mereka yang mempunyai pendapatan dari hasil pekerjaan mereka. Firman Allah yang bermaksud :


“Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.” (Al-Baqarah : 267)

Sistem kewangan Islam semasa pemerintahan Islam dahulu menggunakan matawang dinar dan dirham sebagai urusan muamalah atau jual beli. Matawang dinar dibuat dari emas dan matawang dirham dibuat dari perak, jika kedua-dua matawang ini cukup haulnya selama setahun (mengikut tahun Hijrah), maka ia dikenakan zakat. Setelah keruntuhan pemerintahan Islam, matawang digantikan dengan duit kertas atau sebagainya dan nilai dinar atau dirham itu dinilai mengikut matawang kertas. Maka ia juga perlu dizakatkan mengikut apa yang telah ditetapkan, Hadis Nabi saw yang bermaksud :

”Jika kamu memiliki 200 dirham dan genap haulnya maka di dalamnya (zakat) 5 dirham, dan tidak taqwa ke atas kamu sesuatu iaitu di dalam emas, sehingga kamu memiliki 20 dinar. Apabila kamu memiliki 20 dinar dan genap haulnya, maka di dalamnya (zakat) setengah dinar.” (Riwayat Abu Daud)

Jenis-Jenis Harta Pendapatan

Penggajian dan Upah Kerja

Semua pendapatan secara gaji, upah, ganjaran, imbuhan dan sebgainya ang diperolehi oleh pekerja daripada majikan, hasil daripada usaha atau pekerjaan yang dilakukan untuk majikannya, sama ada semasa berkhidmat, selepas berkhidmat (pencen) atau selepas kematian. Contoh :


  1. Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah , anugerah & insentif, hasil ESOS (Skim pilihan sahan pekerja) dan sebagainya.
  2. Apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian.

Zakat Harta Kerja Bebas

Semua pendapatan secara upah, bayaran, imbuhan , royalti, komisyen dan sebagainya yang diperolehi hasil daripada usaha dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional. Contoh :
  1. Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik atau hospital swasta dan sebagainya.
  2. Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan keuntungan projek bermusim.
  3. Komisyen dan residual income pendapatan dari jualan insurans, takaful, unit trust, brokeraj dan seumpamanya.
  4. Bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasl penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.

Zakat Harta al-Mustaghallat

Semua pendapatan yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya. Contoh :
  1. Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya.
  2. Hasil sewaan kenderaan, pengangkutan, peralatan, aset atau sebagainya.
  3. Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual
Cara Pengiraan Zakat Pendapatan

Ada dua cara pengiraan zakat pendapatan iaitu :
Cara Pertama


No comments: