Friday, June 24, 2011

sanah helwah ya gameel....


setahun.............22jun 2008
2 thn 22 jun 2009

seminggu......



Selamat hari lahir yang ke  4
Buat permata hati ku….
Ahmed amir el-amsyar
22-6-2007—22-6-2011
Jumaat 11.18 mlm bersamaan 8 jamadilakhir 1428
“Moga menjadi anak yang soleh
Epilog seorang ibu
Anakku….
Engkaulah cahaya mata mama
Amanah dari Allah
Ujian buat seorang hamba..
Saat kelahiranmu…anakku..
Mama tersenyum kesyukuran
Alhamdulillah…
Subhanallah
Maha suci Allah..
Rahmat terbesar buat mama…
Kini dalam dakapan
Kehangatan kasih sayang
Akan menemani mu
Limpahan tarbiyyah islamiyah
Akan menjadi perisaimu…
Kesederhanaan hidup
Akan kita kongsi bersama
Mama tidak menjanjikan apa-apa,
Melainkan permata ma’rifat
Dan kesempurnaan pekerti
Pemberian berharga buatmu…
Anakku…..
Mama tidak mengharapkan apa-apa
Cukuplah anak mama bahagia…
Cuma satu….
Doakan buat mama dan baba…
“wahai tuhan kami,kau ampunilah dosa kami…
Dan dosa kedu ibubapa kami..
Dan rahmatilah mereka
Sebagaimana kami dididik….
Sewaktu kecil
Nukilan buatmu anakku…
Salam kasih sayang dari mama dan baba
Sempena hari ulangtahun kelahiranmu
Yang ke 4………………………………..
Dirimu permata hati kami….
Moga menjadi insan yang Berjaya
Dunia akhirat
Dari mama dan baba

(di cedok dr nukilan bday amsyar yg pertama.....)

1 comment:

suri solehah said...

amsyar masa kecik dagu sampai dua,,,huhu