Tuesday, January 31, 2012

Peristiwa di Bulan Rabiul awwal........

assalamualaikum.  hari ini kita sudah masuk ke hari yg ke 7 bulan rabiulawwa....inssyaAllah...di bawah sedikit perkongsian ttg peristiwa yg berlaku pd bulan ini........


-Peristiwa Penting

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabi'ul Awwal ini dan antaranya ialah:



1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah s.a.w

Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabi'ul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 12 Rabi'ul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa Nabi s.a.w lahir pada 9 Rabi'ul Awwal tahun Gajah.

2. Perlantikan Nabi Muhammad s.a.w menjadi Rasul

Dalam bulan Rabi'ul Awwal inilah Nabi s.a.w diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi s.a.w berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah Baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah Rasulullah s.a.w 

Tarikh Hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabi'ul Awwal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabi'ul Awwal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Berlakunya Peperangan

Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w di antara tentera Islam dan tentera kuffar. Antara peperangan yang berlaku dalam bulan Rabi'ul Awwal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah s.a.w

Rasulullah s.a.w telah wafat pada hari Isnin 12 Rabi'ul Awwal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda s.a.w wafat di rumah isterinya Aisyah r.a dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar r.a menjadi Khalifah

Pada hari Rasulullah s.a.w wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah Saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah s.a.w yang diketuai oleh Saidina Ali r.a.

7. Pembukaan Iraq

Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid r.a telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq pada zaman Saidina Abu Bakar r.a.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis

Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583H.

9. Kejatuhan Empayar Kerajaan Islam Sepanyol

Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

alunkan selawat keatas junjungan mulia kita kekasih Allah moga kita mendapat syafaatnya di hari akhiray kelak....insyaAllah....Sollu 'alannabiyy

No comments: